Log In

Forgotten Password?
Are you new here? Why not Sign up!
Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Korea Selatan telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru itu permasalahan pokok dalam kajian ini adalah untuk merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia yang memfokus kepada Korea Selatan sebelum ia menjadi dasar utama yang dibentuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dari segi metodologi yang digunakan, tahap awal penyelidikan ini adalah dengan mengenalpasti dan mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder daripada perpustakaan-perpustakaan, arkib-arkib dan laporan-laporan daripada pelbagai organisasi kerajaan. Menyedari kepentingan Korea Selatan terhadap ekonomi Malaysia, pemikiran Pandang Ke Timur masih dikekalkan semasa era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Kesinambungan pemikiran Pandang Ke Timur yang diteruskan oleh tiga tokoh Perdana Menteri ini menyaksikan Korea Selatan muncul sebagai inspirasi dalam hubungan dagangan Malaysia apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara.
Document Type: Article Topic Area: Social Studies Submitted: 18th Jun 2017
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia Department: History Country: Malaysia
Why not Log In in order to add your score and make a comment?